Saturday, January 12, 2008

HIJRAH POWER

Salam pertemuan kita kali ini : Apa yang hendak di bicarakan kali ini Shukur kehadrat allah subhanawataalla Kerana kita berada didalam bulan Muharam bersamaan 1429 hijrah Bagi diri anda dah berhijrah ke belum .. Setiap pada diri kita mesti ada perubahan didalam hidup ini. Setiap yang berumur akan bertambah umurnya . Setiap yang belajar ingin mendapat kejayaan. Setiap yang ada kerjaya akan berusaha untuk meningkatkan pretasi kerjayanya .

Setiap permulaan ada yang berakhir ,Tetapi kita tidak tahu dimana titik noktah yang terakhir.
Bagi yang cukup tempuh didalam perkhidmatan apakah yang mereka inginkan . Bagaimana mereka akan mengubah suasana kehidupan yang mereka akan lalui ,setelah tamat didalam perkhidmatan .Adakah mereka merasakan diri mereka masih bekerja.Munking dikalangan mereka dah ada perancangan .Kemesraan di tempat kerja akan menjadi igauan yang munking tak dapat dilupakan bagi mereka yang di gelar pesara.Tetapi bagi mereka yang sudah bersedia, Mereka akan dapat menyedari hakikat yang sebenar

Kita perlu berhijrah untuk menempuhi hidup baru tidak kira dimana kita berada.Yang penting kita perlu ada jati diri.Dulu mungking sembahyang kita tidak teratur .Kita usahakan agar waktu sembahyang kita lebih teratur dan sempurna . Jawatan dan pangkat bukan hak kita tetapi kita berusaha untuk mendapatkannya,kita telah membuat satu perubahan di dalam hidup kita untuk berubah .Jawatan dan pangkat kita berusaha untuk mendapatkannya,tetapi jawatan dan pangkat disisi Allah tak ramai yang hendak berusaha mendapatkannya. Kebayakkan kita berhijrah untuk duniawi keahkhirat jarang kita nak berhijrah. Contoh Waktu bekerja merupakan fardu kifayah Waktu solat jadi tak payah .Mengapa kerana waktu kerja di utamakan waktu sembahyng dilengah-lengahkan .Setiap perbuatan berpunca dari kita mengerjakan solat,keikhlasan kita mendirikan solat begitulah keikhlasan kita menjalankan tugas.Kerana solat kita berada di hadapan Allah sama juga dengan perkerjaan yang kita lakukan tetap di hadapan Allah .Hati kita jika tiada keinginan berhijrah sampai bila diri kita tidak akan berubah .Nafsu kita ,siapa yang perlu mengawal nafsu diri kita atau nafsu yang mengawal kita .Ketahui nafsu ada berperingkat.

Maksud ayat surah yusuf: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan
(yusuf 53)

1.Nafsu Amarah > Nafsu peringkat yang paling hina.

2.Nafsu Lawwamah > Nafsu lebih baik

3. Nafsu Mulhamah > Nafsu Pertengahan

4. Nafsu Mutmainnah > Nafsu Kearah kebaikkan

5. Nafsu Radiah > Nafsu Kearah darjat yang tinggi

6. Nafsu Mardhiah > Nafsu Kearah darjat yang lebih tinggi

7. Nafsu Kamilah > Nafsu Tingkat darjat yang tak tercapai oleh manusia



Disini saya nyatakan peringkat nafsu dan tingkatnya . Untuk kita mencapai dan berubah diri kita dengan izin Allah.


Bagaimana kita hendak mengubah diri kita

Kalau kita tidak mengenal tentang diri kita

Dan dimana kita perlu berubah didalam diri kita.


Kita perlu berubah pada anggota badan yang berada di tubuh badan kita .

Dimana anggota sedemikian

1. Hati

2. Lidah

3. mata

4. Telinga

5. Perut

6. Kemaluan

7. Tangan

8. Kaki


Disini lah anggota badan kita yang perlu berhijrah

Kalau kita tidak ingin berhijrah Kita bukan Makhluk ciptaan Allah

Dari kejahatan Kearah kebaikkan

Dari malas menjadi rajin

Dari Bersifat pemarah Kesifat kasihsayang

Dari kelemahan Menjadi sifat berani


Bagaimana dan kemana kita berhijrah


Sabda nabi seandai kita berhijrah kerana perempuan itulah yang kita dapat

Sabda nabi Seandai kita berhijrah kerana pangkat dan harta itulah yang kita dapat

Sabda nabi seandai kita berhijrah memperjuangkan agama Allah itulah yang kita dapat



Kita merupakan musafir dijalanan :

Lahirnya kita dari perut ibu itu adalah permulaan kita berhijrah.


Apabila diri kita mulai membesar kita berhijrah ke satu tahap .


Apabila diri kita mulai remaja kita berhijrah kesatu peringkat.


Apablia kita Dewasa kita Berhijrah Kesatu peringkat yang hampir .


Apabila kita Tua penghijrahan kita hampir tamat.



Apabila malaikat Jibrail memanggil Penghijrahan kita sudah tamat....



Didalam penghijrahan kita di bumi Allah apa bekalan yang dibawa kenegeri akhirat.


Orang mukmin berharap penghijrahan didunnia ini akan bertemu dengan maha penciptanya.. Di negeri akhirat....

Orang musyrikin Penghijrahan di dunia merupakan perjalanan yang mempunyai titik nokhtah yang tersendiri....

Bersama kita tanamkan diri kita dimana titik noktah penghijrahan kita yang sebenar...


Wassalam editor power power motivasi diri anda

ezry&hairi...

No comments: